Déardaoin 15 Bealtaine 2008

United Kekal Juara!!!

Park Ji Sung..Masa Depan Cerah di United.....


Seperti yang telah ana sebut 2 minggu lalu, Manchester United berjaya mengekalkan kejuaraan Liga perdana Inggeris buat Musim ke dua berturut-turut..setelah menewaskan Wigan 2-0 dalam perlawanan getir di JJB stadium. walaupun Ana xdapat merasai suasana tegang di sana, tapi ana dapat merasai suasana tegang di dalam bilik tv asrama kami..


Dua jaringan, masing-masing melaui "Mesin Cetak Gol M.U", Cristiano Ronaldo dan "Kuda Tua Berbisa" Ryan Giggs cukup untuk menghampakan Si Yahudi Grant, dan Pasukannya yang terpaksa menanggung Aib akibat diikat oleh Pasukan bermasalah Bolton. Tahniah M.U, teruskan kecermelangan di moscow.


Pada ana, Pasukan M.U adalah sebuah pasukan yang mempunyai masa depan yang amat cerah jika dilihat dari umur purata pemainnya.


Nani, Anderson, Rooney, Tevez dan Ronaldo, masing-masing masih muda dan mempunyai masa depan Karier yang masih panjang. Hanya Scholes, Giggs, dan Van der sar yang yang melepasi usia 30 tahun. inilah satu kelebihan yang dinikmati M.U hasil dari polisi pembelian jangka panjang yang di amalkan oleh Ferguson. berbeza dengan chelsea yang kebanyakan pembeliannya tertumpu kepada pemain yang sudah terkenal, Lihat Sahaja Usia Shevchenko, ballack, dan Anelka, masing masing sudah hampir ke usia "senja" dan jika di bandingkan antara kedua-dua pasukan, ternyata M.U mempunyai skuad yang lebih mempunyai masa depan yang panjang...


Apa pun, nantikan kehebatan M.U yang akan mengecewakan Chelsea sekali lagi di Moscow...


-" Glory, Glory Man United!!!



Khutbah Jumaat memperingati 60 tahun Nakbah di Palestin

Ini adalah Sakhra', bukan Al-aqsa, jangan terpedaya dakyah Yahudi

Tulisan : LAPP.
Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat (tanda-tanda) kebesaran Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah al-Isra': 1) -->-->
Sidang Jumaat rahimahullah, Semalam 15 Mei 2008 genaplah sudah 60 tahun, bumi yang menempatkan kiblat pertama umat Islam dijajah oleh satu bangsa yang paling angkuh dan paling berkuasa di dunia ketika ini. Bumi Palestin yang telah dibuka oleh Amirul Mukminin Sayidina Umar r.a. pada tahun 636M yang menjanjikan keamanan untuk semua, akhirnya telah dicemari dengan pelbagai kemusnahan dan kesengsaraan, kemusnahan kepada harta benda, tempat ibadah, akhlak, perasaan, malah nyawa insan yang sudah sekian lama menjadi penghuni tetap di bumi Allah yang diberkati itu. Yang menjadi perhitungan kaum ini hanyalah 'bagaimana mereka mampu menjadikan insan selain mereka sebagai haiwan tunggangan (Guweim) demi mencapai hasrat mereka'.
Sidang Jumaat rahimahullah, Enam puluh tahun Nakbah. Itulah istilah yang sentiasa bermain di bibir setiap insan yang prihatin mengenai isu Palestin, tanpa mengira siapa mereka. Bagi golongan Zionis mereka merayakan sempena angka 60 tersebut dengan penuh kegembiraan dan keseronokan yang menggambarkan sudah enam dekad kaum mereka dapat bertapak dan berkuasa di bumi yang dipercayai sebagai 'bumi yang dijanjikan' untuk kaum mereka. Manakala orang Islam yang prihatin mengenai isu Palestin pula menjadikan angka tersebut sebagai satu peringatan bahawa sudah enam dekad bumi Islam itu dijajah dan diperkosa. Dari itu mereka menjadikan usaha-usaha lepas yang pernah dilakukan dalam membebaskan Al-Aqsa sebagai pengalaman dan pengajaran untuk langkah seterusnya dalam perjuangan membebaskam 'bumi perjuangan' ini.

Istilah 'Nakbah' mungkin merupakan satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin. 'Nakbah' bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala 'Nakbah Palestin' merujuk kepada penubuhan negara haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad lalu.
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungary, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinan wartawan tersebut telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.

Deklarasi Balfour

Manakala British pula merupakan sekutu kuat gerakan Zionis sentiasa menyebelahi mereka, telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917, dengan memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai secara sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas sama ada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.
Rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan 'Ketetapan 181' yang malang pada 29 November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri.
Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4,500 tahun lamanya. Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.
Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 peratus bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan negara 'Israel' pada petang 14 Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila negara Israel yang merdeka diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.

Sidang Jumaat rahimahullah, Umat Islam Palestin kini merintih dan menangis meminta pembelaan daripada saudara seakidah sebagaimana mereka pernah merintih dan menangis apabila tentera Salib menakluki Baitulmaqdis pada 4 Julai 1099 sehingga menyebabkan 70,000 muslimin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Kalau dulu, keadaan seperti ini akhirnya dapat diselamatkan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 2 Oktober 1187, iaitu setelah selama 88 tahun bumi suci ini dijajah, tetapi kini, di manakah Salahuddin, sebagai pembebas Palestin? Dan di manakah Umar, sebagai pembuka Palestin? Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti mereka. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan kembali, tanpa mengira sempadan geografi atau keturunan. Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib disedarkan sekarang ini, sebagaimana sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin untuk membebaskan Baitulmaqdis apabila intifada bermula pada 8 Disember 1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada perhambaan kepada hamba, kepada perhambaan hanya kepada Allah Yang Tunggal lagi Maha Perkasa.
Sidang Jumaat rahimahullah, Sesungguhnya pengganas Yahudi tidak pernah mengenal mangsa, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita, yang sempurna anggotanya maupun yang cacat. Malah al-Quran dan juga sejarah telah mencatatkan, bagaimana mereka sanggup membunuh para Anbiya' daripada kalangan Bani Israel sendiri. Inilah apa yang telah berlaku ke atas Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Mereka juga telah menganggap bahawa merekalah yang telah membunuh Sayidina Isa a.s. Walau bagaimanapun perkara ini telah dinafikan sendiri oleh al-Quran melalui firman Allah SWT.
Maksudnya: "Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya, tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)." (Surah al-Nisa': 157)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Peranan yang mungkin kita dapat laksanakan bagi menyatakan kebersamaan kita dengan umat Islam Palestin dan juga perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa adalah berlegar sekitar tiga paksi penting, iaitu; pengetahuan, perasaan dan praktikal:

Paksi Pengetahuan
1. Kita perlu mengetahui punca berlakunya isu di atas menurut sejarah (dulu dan sekarang), termasuk juga mengetahui latar belakang bumi Palestin dari sudut agama ataupun kebudayaan.
2. Perlu mengetahui hakikat pertembungan kita terhadap Yahudi, bukannya bertitik tolak daripada perasaan benci, dengki atau dendam, tetapi ia adalah bertitik tolak daripada tindak balas terhadap permusuhan yang mereka lakukan dan juga usaha untuk mengembalikan hak umat Islam yang dirampas.
3. Kita perlu mengetahui bahawa isu ini berkaitan dengan semua orang Islam dan juga arab serta perlunya menolak segala salah faham yang berkaitan dengannya.
4. Kita perlu memperbetulkan penggunaan istilah yang terpesong daripada maksud sebenar, yang cuba dimainkan oleh media musuh. Antaranya; istilah pengganas telah mereka gunakan bagi merujuk kepada umat Islam yang berjuang menentang penjajah di Palestin, begitu juga istilah operasi berani mati atau operasi bunuh diri telah diperkenalkan kepada dunia bagi menggantikan istilah sebenar dalam Islam iaitu operasi syahid.
5. Kita perlu mengetahui dan menyedari bahawa ketidakpedulian orang Islam dan Arab daripada persoalan akhlak, nilai dan syariah di kalangan mereka adalah bahaya yang mengatasi kekuatan tentera yang ada pada Zionis.
6. Kita perlu memerangi fahaman yang negatif dan logika menyerah tanpa berusaha (mantiq tawaakuli), yang menyebabkan seseorang merasa berpuas hati, mundur ke belakang, hanya mengucap tiada daya dan upaya melainkan milik Allah dan berdoa, tanpa menunaikan kewajipan-kewajipan yang mereka mampu melaksanakannya.
7. Kita perlu menyatakan bahawa jihad mempunyai pelbagai cara, tanpa wujud sebarang pengurangan pahala atau kesannya dibandingkan dengan jihad bersenjata, seperti jihad dengan harta benda, jihad dengan ucapan, memboikot ekonomi musuh dan juga sokongan moral. Sesungguhnya setiap jiwa daripada kalangan umat ini baginya ada peranan dalam kontaks ini. Tidak ada seorang pun mempunyai alasan untuk berundur atau merasa lemah maupun bertangguh.
Paksi maknawi (jiwa)
1. Mengekang perasaan kecewa atau putus asa dengan merangsangkan harapan yang kuat dalam jiwa umat dengan meletakkan kebergantungan yang kuat kepada Allah SWT serta percaya bahawa adanya di sana kayu ukur yang lain bagi mencapai kemenangan selain daripada kayu ukur biasa dalam bentuk zahir.
2. Menghidupkan perasaan dan sensitiviti terhadap apa yang sedang berlaku di sana, sama ada pencabulan tempat-tempat suci umat Islam, pembunuhan atau pencabulan ke atas kehormatan anak-anak gadis mereka.
3. Menghidupkan ruh jihad dalam jiwa ummah dan memerangi penyakit al-wahn yang diterjemahkan sebagai cintakan dunia serta takutkan mati. Di sinilah lahirnya kepentingan `tarbiyah� sama ada untuk individu maupun masyarakat.
4. Perlunya 'nafas panjang' tanpa gelojoh. Apa yang telah berlaku dan sedang berlaku merupakan hasil kesinambungan kerja yang dilakukan dalam tempoh yang panjang. Oleh itu 'jalan pengislahan' juga memerlukan tempoh.
Paksi Amali/Praktikal
1. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendukung mereka. Ini merupakan seruan yang telah dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof Dr Yusof al-Qardhawi sejak beberapa tahun lepas.
2. Menghulurkan derma dalam apa jua bentuk sekalipun untuk umat Islam Palestin melalui pintu-pintu rasmi atau badan-badan NGO yang sedia ada dan diyakini.
3. Mengadakan pameran-pemeran mengenai apa yang berlaku di bumi Palestin, di masjid-masjid, surau-surau, dewan-dewan serba guna atau sebagainya.
4. Tidak mengabaikan golongan bukan Islam dalam membicarakan dan melibatkan diri dalam isu ini, di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.

Sidang Jumaat rahimahullah, Jika sekiranya bangsa Yahudi dimotivasikan oleh kitab Talmud mereka, umat Islam semestinya dimotivasikan dan dibangunkan jiwa mereka dengan kitab suci al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya serta tidak lagi diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku, maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.
Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim!, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitulmaqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di akhirat nanti. Lembutkanlah hati-hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.

Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Telah dilaknat orang-orang yang telah kafir dari Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam, demikian itu disebabkan perbuatan mereka yang ingkar dan sesungguhnya mereka itu orang-orang yang melampau." (Surah al-Maidah: 78) - lanh

Dé Céadaoin 14 Bealtaine 2008

Rapuhnya Nilai Akhlak...

oleh ust Zainuddin Hashim

Islam satu-satunya agama (cara hidup) yang diperakui oleh Allah SWT yang diperuntukkan sesuai dengan fitrah semula jadi manusia serta makhluk yang lain. -->-->
Islam yang menjadi mercu tanda kegemilangan di zaman Rasulullah s.a.w, kemudian disambung oleh para sahabat nabi, setelah itu diperpanjangkan oleh sistem pemerintahan Islam seperti pemerintahan Bani Umaiyah, 'Abbasiyyah sehinggalah ke era pemerintahan Islam 'Othmaniyyah di Turki.
Matlamat utama penubuhan negara Islam tersebut adalah untuk merealisasikan tuntutan agama menerusi al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Tetapi matlamat tersebut lenyap dengan berakhirnya negara Islam di Turki yang jatuh ke tangan British menerusi pengkhianat Islam iaitu Mustafa Kamal Atarturk. Di mana beliau menjadi dalang untuk melihat Islam dikikis dari bumi Turki.

Ini bermakna umat Islam hari ini di seluruh dunia kehilangan kepimpinan Islam dan mereka amat dahagakan kepimpinan tersebut, kerana teori barat ataupun isme ciptaan manusia yang sudah lama bertapak sejak puluhan malah ratusan tahun tidak mampu menjadikan manusia sebagai insan yang bertamaddun dalam segenap tindak-tanduk mereka.
Ini dapat dilihat kerakusan manusia dalam pentas dunia, meragut ribuan nyawa yang tidak berdosa, seolah-olah menggambarkan pihak yang kuat dan lantang menguasai yang lemah.
Kekuatan teknologi dan senjata nuklear menentukan segala-galanya, pengguguran bom di bumi Hiroshima dan Nagasaki membuktikan tindakan yang kejam.
Pencabulan Israel pada awal 80an di Sabra dan Shatila yang mengorbankan banyak nyawa, serangan Soviet Union (sekarang Russia) dan yang terkini serangan kuasa besar Amerika Syarikat ke atas bumi Afghanistan kononnya memerangi pengganas, sehingga ke hari ini Amerika tidak mampu mengemukakan sebarang bukti yang nyata bahawa Osama Bin Laden bertanggung-jawab memusnahkan bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan Pentagon yang dikenali dengan peristiwa 11 september.

Peristiwa 11 September itu, seolah-olah dilihat sebagai batu loncatan buat Amerika untuk bertindak atas slogan hak asasi manusia. Akibatnya orang tua, wanita, kanak-kanak serta harta benda awam musnah hasil bedilan bom tercanggih Amerika. Ini juga menggambarkan seolah-olah bumi Afghanistan medan raptai segala ciptaan nuklearnya.
Amerika yang dianggap dunia sebagai sebuah negara maju dalam segenap bidang hidup, antaranya pencapaian teknologi maklumat, ekonomi,hiburan dan lain-lain, namun tidak mampu membendung jenayah di wilayah Amerika yang berlaku setiap detik seperti yang dilaporkan oleh Polis Antarabangsa (Interpol).

Hollywood yang mengaut keuntungan luar biasa hasil penjualan filem, dilihat sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada terhakisnya nilai akhlak di kalangan manusia sama ada Islam dan bukan Islam. Sumbangannya itu tidak terbatas hanya kepada negara barat sahaja, malah menembusi pasaran Asia termasuklah Malaysia yang tidak terkecuali kerana Malaysia dianggap salah sebuah negara yang berpotensi dalam segala hal.

Kita tidak lupa rosaknya akhlak remaja di negara kita khasnya, adalah hasil hiburan yang mudah diperolehi, bermula di pawagam, pub-pub, internet, video-video lucah dan sebagainya yang memberi saham ke arah keruntuhan moral.
Fenomena ini merisaukan semua pihak, lebih-lebih lagi para ibu-bapa yang telah banyak mengeluarkan wang semata-mata untuk melihat agar anak mereka menjadi insan yang berguna pada satu hari nanti.
Tetapi dalam masa yang sama, mereka lupa persekitaran yang ada tidak mampu menjamin suasana yang baik. Kerana persekitaran itu dicipta oleh penguasa, pemerintah atau pemimpin. Sehubungan dengan itu, Islam telah menyatakan sikapnya iaitu "Rakyat bergantung kepada agama/pegangan pemimpin mereka".
Justeru, umat Islam khasnya di segenap pelusuk dunia, mesti bersedia untuk kembali kepada ajaran Islam tulen, iaitu mendalami ilmu Islam seperti Usuluddin dan Syari'ah, sejarah Islam seperti sejarah hidup Rasulullah s.a.w, para nabi, para sahabat, para 'ulamak serta tokoh-tokoh Islam.

Ini kerana semua maklumat tersebut dapat membantu daya tahan dalaman seseorang muslim, malah dapat menghilangkan krisis keyakian umat Islam terhadap agama mereka sendiri.

Déardaoin 8 Bealtaine 2008

Dé Céadaoin 7 Bealtaine 2008

Mampukah Chelsea Cabar Manchester United?

sesetengah orang pasti menulis tenrkejut bila ana menulis tentang ini, " Eh, orang agama pun minat bola? ya, ana memang meminati sukan ini, bola sepak minat ana sejak kecil, tapi jangan salah faham, minat ana pada bola sepak bukan tanda ana redha terhadap kemungkaran di dalamnya, ia tidak lebih sebagai sukan, Jangan lupa, Sultan Nuruddin Zanki, seorang pemerintah islam juga suka bermain bola sepak. tetapi bola sepak yang mengikut Syari'at.

Ana meminati manchester united sejak kecil, sejak dari zaman eric cantona, ole gunnar solskjaer, dennis irwin, nicky butt, teddy sheringham, david beckham, Ruud Van Nistelrooy, sampailah sekarang, zaman keemasan Cristiano Ronaldo, Nani, Park Ji Sung, Rooney dan Tevez.

Ana juga kenal Chelsea sejak zaman Ruud Gullit, Gianfranco zola, Gianluca Vialli, sampailah sekarang. sejak chelsea dibeli oleh Roman Abramovich, tapi tak tau lah kenapa, minat ana tetap pada Man Utd.

sejak kebangkitan semula M.U menjuarai EPL musim lepas, ana kembali mengikuti perkembangan EPL secara konsisten, apa yang jelas, strategi alex Ferguson membeli pemain-pemain muda, telah membuahkan hasil, musim ini, chelsea cuba bangkit dengan menghambat M.U sehingga akhir musim, kalau sebelum ini, Persaingan takhta liga antara M.U dan pasukan Arsene wenger, tapi kemunculan si Yahudi Avram Grant, secara kebetulan membawa chelsea mengejar M.U? Persoalannya, mampukah Chelsea????

Berdasarkan statistik, memang chelsea xpernah tewas di gelanggang sendiri dalam 20 perlawanan terakhir, ( kalau tak silap) tapi M.U yang menyedari mereka tidak boleh bergantung kepada Bolton untuk menghampakan John Terry dan rakan-rakannya, pasti akan bermain bermati- matian di JJB Stadium untuk menjinakkan wigan, tambah tambah lagi mereka dalam kekuatan sempurna dengan kecergasan 100% Vidic dan Rooney. pastinya ranjau berduri menanti Wigan di laman sendiri. Dengan Peledak gol digeruni, Cristiano Ronaldo kian ghairah memburu gol bagi menambah jumlah 40 yang sedia ada. pasti gawang wigan akan diasak habis habisan. hanya tindakan tidak matang Nani minggu lalu mencalarkan sedikit kekuatan M.U. Namun dengan sentuhan park Ji Sung, permata Korea yang semakin menjadi, M.U pastinya tidak bimbang.

Menambah rencah dalam persaingan kedua-dua gergasi ini, adalah pertembungan mereka di Moscow, dalam Final Liga Juara-Juara Eropah. Mana-mana pasukan yang kalah dalam persaingan Liga, pasti akan cuba melunaskan dendam di moscow kelak.

Apapun, bola itu bulat, Siapakah juara berganda?? sama sama kita saksikan... Glory-Glory Man United!!!

Krisis bekalan makanan, al-Quran telah beri peringatan

Makanan..Nikmat yang perlu disyukuri sebaiknya.


Umat Islam telah dibimbing dan diasuh untuk sentiasa tenang dalam apa jua rintangan dan dugaaan yang menimpa seperti kenaikan bahan bakar, barang keperluan khususnya melibatkan krisis kekurangan bekalan makanan bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.



Al-Quran telah memberi peringatan daan pengajaran kepada umat manusia termasuk yang beragama Islam dan berikutan adalah beberapa ayat daripada kitab suci yang boleh dijadikan sandaran, pegangan dan rujukan supaya umat Islam tidak mudah panik dan bersedia menghadapi segala rencam kehidupan.



Surah al-Baqarah dalam ayat 155 mengajak manusia untuk memahami ketentuan Tuhan yang sentiasa menguji keimanan seseoarang atas sesuatu yang menimpa:



"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."



Ayat 156 dalam surah yang sama pula mengajar manusia agar sentiasa bersabar dengan segala musibah hatta ujian yang menimpa kerana kesabaran adalah titik tolak kepada kemenangan atas segala permasalahan.
Al-Baqarah- ayat 156:




"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".



Dalam pada itu Surah Yusuf ayat 46, 47 dan 48 menceritakan tentang sebuah kerajaan mahupun seorang manusia agar sentiasa beringat dan berjimat-cermat serta bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi sebarang bencaa supaya tidak 'huru-hara' di saat akhir atau tahkala ditimpa bencana.
"Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya."
"Yusuf menjawab: 'Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan."(Surah yusuf 47)
"Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit,yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.(Surah yusuf 48)



Apa juga yang berlaku di dunia yang melibatkan kekurangan bekalan makanan merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan dan ini dikisahkan supaya rakyat dan seluruh umat dunia tidak alpa dan lupa diri di atas kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT selama ini dan dinyatakan dalam surah al-Hadid ayat 22 dan 23.
"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (al-hadid ayat 22)



"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."(surah al-hadid ayat 23)
Walaupun ujian demi ujian yang menimpa umat Islam mahupun seluruh manusia di dunia ini namun sekiranya sentiasa merayu dan memohon pertologan kepada Tuhan yang Maha Esa di samping berusaha sebaik mungkin maka segala rintangan dan kepayahan akan dapat dirasai malah akan menemui kejayaan di kemudian hari sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.
Ia jelas dinyatakan dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud:



"Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."
"Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."

Justeru umat Islam bersabarlah atas dugaan yang menimpa dan atasilah dengan berusaha dan bertawakkal kepada yang Esa dan jadikaanlah al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.




- dipetik dari Tulisan Azamin Amin






"Offer" Dari Yang Maha Pemurah...

Dari Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
Rabb kita turun ke langit dunia pada setiap malam yaitu ketika sepertiga malam terakhir.
Dia berfirman, :
Siapa yang berdo'a kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan, siapa yang meminta
kepada-Ku, maka akan Aku berikan, dan siapa yang memohon ampun kepada-Ku,
maka akan Aku ampuni


Subhanallah.. segala puji bagimu Ya Rabb..betapa kasihnya engkau pada hambamu.. luasnya limpahan rahmat dan keampunanmu buat hambamu yang mendambakan Redhamu.. ya Rahmaan sesungguhnya tidak ada lagi ruang bagi hambamu yang diazab untuk menyalahkan takdirmu..

Pertama kali ana mendengar hadith ini, adalah dari rakaman kuliah tafsir Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, rasa tersentuh hati ini, betapa lekanya dan angkuhnya engkau wahai diri.. seorang hamba yang penuh dengan palitan dosa, lena membungkus diri dalam selimut, ketika Tuhannya memberi tawaran keampunan dan rahmatNYA.. ampunkan daku Ya Ghafur..

ana terkenang ucapan seorang hamba Allah.." apakah kita sebagai hamba, patut tidur lena.. sedangkan tuan kita tidak tidur? bahkan Dia dengan rahmat NYA menjaga kita sewaktu kita berdengkur????? jawapannya tentulah tidak bukan? biadapnya kami padamu Ya Rahmaan..

Ana pasti sesetengah orang akan menjawab.. " Ye la, Allah Tuhan.. kita hamba.. tentulah kita perlu tidur" Benar..memang tepat..ana setuju sangat.. bahkan Nabi pun menyuruh kita menunaikan hak badan kita, tapi jangan kita lupa.. sebahagian masa kita juga sebenarnya adalah untuk Allah.. bilakah lagi masa yang sesuai untuk seorang hamba mengadu dan memohon keampunan dari Penciptanya? Sama samalah kita renungkan..

Munajat, perkataan yang popular bagi masyarakat melayu kita, asalnya dari bahasa arab, yang kata dasarnya adalah " Naajaa, Yunaajii, Munaajaat" yang bermaksud berbisik. apa yang dapat ana faham.. kita sebagai manusia, ada masanya kita boleh bercakap kuat.. akan tetapi, ada masanya kita perlu berbisik untuk menyatakan sesuatu perkara yang mungkin disebabkan terlalu pentingnya perkara itu, atau mungkin kerana perkara itu adalah sulit, maka munajat..adalah suatu wasilah untuk kita berbisik, merayu..memohon..mengadu kepada Rabbul Jaliil..

marilah bersama kita gunakan usia dan masa yang ada, untuk memohon dan mendamba keampunan Allah.. kita tidak akan pernah terlepas dari dosa.. hanya Rahmat dan keampunan Allah sahaja..yang akan membawa kita mengecap nikmat Hakiki kelak...

" Ya Allah..berilah kekuatan untuk hamba ini merayu keampunan dan rahmatmu..Ampunilah kami...ampunilah kami Ya Ghafuur..Innaka antattawwaburrahiim...- Syahid Adam




Dé Luain 5 Bealtaine 2008

Tempat jatuh..lagi dikenang..

"Ayah dan ibu..Ayah dan ibu.. itulah permulaan kami..dapat melihat, bulan dan matahari.. aaaaa…"



Terasa begitu mendalam lirik lagu Allahyarham sudirman yang ana dengar…rindunya pada mak abah di kampung… mgkin sesetengah org akan menganggap ana manja.. tapi hakikatnya..mak dan abah la segalanya dalam hidup ini..



"Maa ridhallahu illa, fi ridha’il walidaini.." persoalan yang besar bermain di minda..sudahkah aku berbakti pada mak dan abah.. dosa pada mereka dah xterkira byknya..ampunkan angah..mak..abah..



Dari kecil, analah anak yg paling degil, suka menjawab, tipu mak abah..tapi sekali pun mak abah xpernah kurang kasih sayang pada ana..dulu, waktu belajar mngaji dgn abah, kalo xkena rotan@talipinggang, memang tak sah, tersedu-sedu bc qur’an, tapi tak pernah serik. Abah suruh menderas ( baca sebelum kena tasmi’) x mau..teruk betul ana dulu. Tapi bila dah besar sekarang, ana betul-betul rasa kesannya, kalo abah tak rotan aku dulu, mungkin aku masih merangkak-rangkak baca qur’an. Kalo abah tak paksa ana solat betul-betul dulu, mungkin solat ana masih terabai sekarang.. Terima kasih abah..


Ana memang nakal, teringat mas kecik dulu, abah nak bawak ana pergi surau, abah kata jgn lari-lari, tapi ana degil, nak lari jugak, akhirnya aku jatuh, mungkin sebab abah geram, abah kata good.. tapi an ni memang jenis melawan..ana jelir lidah kat abah.. .teruk btul ..


Habuannya.. abah angkat ana.. baling kat pokok pandan kat belakang rumah.. padan muka ana..


Hmm.. tak sabar rasanya nak balik, nak rasa sambal udang mak..kari mak..kuih telomba.. nak tunggu mak buat pudding untuk ana… ana..rindu nak kena roti canai kat kedai Razak.. nak kena ice blended& tosai kat nasi kandar NSM & satu lagi nak makan masakan orang Muar. ..hmm.. ana rindu rumah..rindu mak abah..rindu along..adik..fahmi..



“ Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibi-bapaku..dan kasihanilah mereka..sepertimana mereka mengasihi daku sewaktu aku kecil” - Syahid 6. Mei 2008, 3.12 am.


















Gambar Aidilfitri Tahun Lepas


Dé Domhnaigh 4 Bealtaine 2008

Maha Benar Janji Allah.

Gambar terakhir bersama Allahyarham Syamsul...

Manusia tidak dapat lari dari kenangan..pahit atau manis, semuanya akan jadi kenangan dan tersimpan sampai mati.. sifat manusia juga tidak dapat lari dari keperluan kepada kawan-kawan.. tapi ingat..kawan takkan selamanya bersama.. kawan sebenar adalah yang mendoakan kebaikan buat kita..kawan sebenar adalah kawan waktu hidup..dan kawan selepas mati.. inilah yang nak ana kongsikan bersama..


Mengimbau kenangan..bersama Allahyarham Syamsul, sahabat ana yang telah pulang membawa bekalannya menghadap Ilahi, lebih awal dari ana.. terasa ingin menitis lagi air mata yang dah puas menitis..stiap kali menjelangnya hari lahir ana..Allahyarham kembali ke rahmatullah.. pada 6 November 2003 semasa ana di tingktan 4.




" Mak, kumpullah duit dari sekarang, adik nak masuk Maahad Johor" antara ucapan yang menggamit kesayuan hati..ucapan Allahyarham syamsul atau nama mesranya, "adi" kepada ibunya, tidak berapa lama sebelum izrail menjemputnya..


terlalu banyak kenangan kami bersama, ana masih ingat waktu kami sedang sama-sama berjuang menghadapi SMA ( sijil menengah Agama) adi sering membangunkan ana di pertengahan malam untuk qiyam dan study bersama.. ana masih tersenyum.. mengingat satu ketika, adi memijak badan ana, kerana liat sgt nak bangun.. Allahuakbar.. sedih sungguh mengingat semula...


menurut Ibunya, pada pagi terakhir hidupnya.. selepas solat subuh, adi membaca Al-Quran seperti biasa, namun pagi itu, suaranya kedengaran begitu kuat, dan beliau membaca Al-Quran, lebih lama dari biasa.. Allahuakbar...


"makcik, cepat beli makcik, hari ni last saya jual, esok dah x meniaga dah" menurut rakan-rakannya, itulah antara kata-kata terakhir beliau..masa tolong ayahnya berniaga di bazaar rmadhan petang terakhir itu..pelik, tapi benar.. Maha Suci engkau Ya Allah...


Adi menghembuskan nafasnya yg terakhir pada hari khamis,malam jumaat, 6 November 2003 ( dalam bulan Ramadhan al-Mubarak) setelah di langgar sebuah kereta ketika pulang dari membantu ayahnya berniaga..wajah beliau begitu tenang, seakan-akan sedang tidur..ketika ana mengucup jenazahnya..subhanallah..


tiga tahun berkawan, tiga tahun senyum tawa bersama, bersama ke kelas, bersama pulang, bersama study.. bersama hadapi exam.. pedih rasanya bila merasai kehilangan seorang kawan..

Allahyarham lulus dengan baik dalam peperiksaan SMA ( Jayyid Jiddan) dan layak menyambung pelajaran ke Maahad Johor..impiannya..


Allah lebih menyayanginya.. Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosa kami..sepanjang kami bersama.. tempatkanlah beliau di tempat orang yang dikasihiMu..


Al fatihah buat sahabatku, Mohd Syamsul bin Kamaruzzaman.



Kenangan bersama kawan-kawan semasa tingkatan 3 di Madrasah At-Tanwiriah..Muar.


Di sini kita berkumpul,sama dalam pengajian..
Kami belajar membaca menulis,
Semoga Allah Berkati...
( petikan nasyid lama)
"Exam oh exam is aroud the corner..." perkataan paling sesuai diungkap pada saat-saat macamni...tekanan exam kian membahang...tertekan rasanya ana nak menghadapi pepriksaan 2 minggu lagi..tenang rasanya mendengar kuliah tafsir tok guru Nik Aziz, idola ana sejak kecil...
" Dunia ni hanya permainan, dunia asalnya bermaksud dekat,maknanya ada satu yg jauh, iaitu akhirat" Ah, lekanya engkau wahai diri...
Waktu ini, ana benar-benar merindui Madrasah at-Tanwiriah..tempat yang membawa ana lebih dekat dengan Ilmu Allah ini...Ust Is,Ust Faisal, Ust Md Noor, ust Hashim, Ust Hazrey, Ust Wan, Ustzh Ainul..Teacher Lin..Ah..Ramainya yang terlibat membentuk diri ni..selain Mak dan Abah..Ya Allah..Kau Rahmatilah mereka..Ampunilah dosa mereka...berilah keberkatan kepada umur mereka...
Dulu ana lemah betul dalam bahasa arab, tiap-tiap kali exam ni, warna merah memang confirm ada dlm report card. waktu tu timbul rasa xminat dengan subjek ni, tapi Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hidayah untuk ana dalam memahami bahasa kitabnya..Ya Allah..Izinkanlah aku memandang wajah mu di Akhirat kelak..

Hajat belum Sampai...

" Kita Hanya merancang, Allah yang menentukan" ungkapan yang selalu kita dengar.. Alhamdulillah, ana dapt mersasi sendiri kebenaran dan besarnya kekuasaan Allah SWT.

Minat ana dalam bahasa Arab terlalu mendalam sejak dari zaman persekolahan. ana dapat merasai satu kepuasan yang sukar digambarkan apabila dapat menguasai ilmu Allah, dalam Lufhatul Jannah ini..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

" sesungguhnya bahasa arab ini terlalu banyak kelebihannya, ia adalah "Ummahatul kutub" ( bahasa ibunda dalam, penulisan kitab-kitab islam) " kata kata ini masih berlegar dalam minda ana, dan sejak dari bangku sekolah, Impian ana adalah menyambung pengajian ke Kiblat Ilmu ummat ini ( al-azhar assyarif) atau mu'tah university, Jordan.

takdir Allah menentukan ana hanya sampai ke bumi arawak ini untuk menyambung pengajian. namun minat mendalam terhadap bahasa Rasulullah, akan terus mengisi jiwa ini..

Assalamualaikum..salam Perjuangan...

Siapa Ana???

Orang baru dalam dunia ini..tiada pengalaman.. kurang Ilmu..Kurang amal... itulah Hakikat diri yang terpaksa ditelan walau Pahit..
Dilahirkan pada tanggal 6 November 1986, di Hospital Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim. Iradat Allah ke atas hambaNYA yang hina ini, ana yang mengikut kiraan doktor akan melihat 'Azamatullah pada januari 1987, telah meninggalkan alam rahim dengan lebih awal dan melihat dunia pada 6 November 1986 ( tak cukup bulan).

diberi nama yang indah, Muhammad Syahid bin Adam, dan mendapat pendidikan awal di pasti Al-Amiin, Parit Sulong, Batu Pahat selama 2 tahun dan seterusnya ke SK Seri Maimon.
Pereantauan beryah sekolah menengah bermula di Madrasah Tarbiyyah Mardziah kota Bharu kelantan, dua tahun kemudian berpindah ke Madrasah At-Tanwiriah Muar, Johor. Tamat SPM, menyambung pelajaran ke Maahad Johor Johor Bahru, thn 2005. namun hanya setakat ikhtibar nisfu sanah ( exam prtghn tahun) dan dipilh oleh Allah untuk ke bumi kenyalang.. meneruskan pengembasraan di bumi Allah ini, dan kini menuntut di Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan..... - Taaruf ringkas..