Dé Céadaoin 3 Meán Fómhair 2008

KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

UTUSAN BUAT TEMAN SEPERJUANGAN…

BISMILAHIRRAHMAANIRRAHIM
Segala pujian bagi ALLAH, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang Menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang engkau anugerahkan ni’mat kepada mereka; bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Maha Besar Allah menjadi bumi ini dengan penuh Kebijaksanaan dan Kebesaran-Nya. Tidak dapat diungkapkan kesyukuran dengan hanya mengatakan “Allhamdulillah” sahaja tanpa mengamalkan segala Ad-din Allah dengan segala perubatan yang telah digariskan oleh Pemerintah alam. Tidak cukup lagi dengan bumi Allah menjadikan langit sebagai pelengkap tanpa bertiang, supaya manusia berfikir. Lalu langit itu dihiasi bintang-bintang berkelipan dan bulan menyinari alam, juga matahari pemberi cahaya pada waktu siang. Malam dan siang pula amat berlainan peranannya. Pada waktu siang berkerjalah manusia untuk mencari nafkah, setelah penat lelah maka manusia letihlah sekali lagi dengan sifat Rahman-Nya, Dia menjadikan malam itu untuk berehat tanpa meminta gaji atau balasan. Semuanya di beri percuma. Tahukah nikmat malam itu, ketahuilah nikmat malam amat besar kepada manusia. Dalam bidang perubatan malam itu akan merehatkan manusia dan mengumpulkan tenaga semulajadi, menghapuskan toksik setelah sistem Endokrin berkerja keras menghadapi tekanan semasa siang tadi. Tidakkah manusia itu memikirkannya. Banyak lagi nikmat-Nya yang tidak dapat dihitungkan yang diberikan oleh Pemerintah Alam ini. Semuanya di bawah Jagaan-Nya terpulang pada-Nya untuk memerintah.

Walaupun sebegitu ramai manusia yang kufur kepada nikmat-Nya, lalu manusia itu berpalinglah daripada jalan yang lurus. Anak perempuan dibunuh, dengan alasan mereka malu mempunyai anak perempuan. Jika seorang bapa mendapat tahu bahawa isterinya melahirkan anak perempuan, hitamlah muka si bapa dan berdukacita, jauh dilubuk hatinya amat bersedih dan sehingga menanam anak perempuan itu hidup-hidup di tanah. Lalu menjeritlah si anak perempuan “Ayah apa salahku ayah” sambil anak itu menitiskan air mata. Tidak cukup lagi dengan kejahilan itu manusia menjadikan wanita itu hamba nafsunya, menjadi hamba dan berTuhan kepada nafsu diri mereka, menyembah berhala dan bermacam-macam lagi perkara yang tidak masuk akal dilakukan oleh mereka sehingga aku sukar untuk mengungkapkan kejahilian manusia itu.

Namun sekali lagi Allah SWT menolong manusia dengan mengutuskan seorang pesuruh-Nya sebagai tanda kasih sayang-Nya kepada hamba. Siapakah utusan itu? Sudah pasti dia adalah seorang yang lemah lembut, teguh hatinya, baik tutur katanya, mulia akhlaknya dan pasti menjadi ikutan untuk kebahagian dunia dan Akhirat. Diberitakan namanya oleh Isa anak mariam sebagai “Ahmad.” Disebut oleh kita Muhammad SAW yang bererti “Keamanan dan sejahtera.” Maka itu wahai saudara-saudara muslim hendaklah kita mengikuti jejak Nabi kita. Cintailah Nabi kita lebih daripada kita mencintai diri kita, kalau tidak sampai ke arah teruskan sehingga kita sampai ke tahap itu.

Saudara-saudara muslim, ketahuilah aku tidak menulis melainkan setelah hati menjadi tenang jika tidak tenang necaya tidak aku menulis buku untuk saudara-saudaraku. Tetapi hati ini telah menjadi tenang dan masih ada cahaya Allah di dalam dada ini, amat sedikit wahai saudaraku cahaya itu, namun aku takut terpadam jika terpadam tidaklah aku mengenali Allah SWT. Yang amat ditakuti apabila aku tidak tidak dapat menyampaikan apa yang diperhati dan pengalamanku semasa menjadi pimpinan JIK dan Politik. Biarlah aku mengemukakan pemerhatian ini supaya menjadi satu landasan dan rujukan kepada saudara-saudaraku yang duduk di JIK sekarang ini untuk memeperbaiki kelemahan-kelamahan pada masa dahulu. Ketahuilah saudara-saudaraku buku ini disiapkan olehku berdasarkan ilmu dan pengalaman yang sebenarnya, bukanya aku mereka-reka. Mudah-mudahan akan beratlah timbanganku di masa akhirat kerana sedikit tulisan ini. Aku mohon maaf seandainya terdapat kritikan menyetuh hati saudara-saudaraku dan mohon ampun kepada Allah SWT. Sesungguhnya aku mengharapkan redha Allah SWT dan diberi petunjuk untuk menyiapkan dan menyampaikan “UTUSAN BUAT TEMAN SEPERJUANGAN” ini.INSYAALLAH.

-Di petik dari artikel
UTUSAN BUAT TEMAN SEPERJUANGAN…

Menarik untuk kita renungi..ketuklah pintu hati kita..Demi Sebuah Hidayah..

HAMBA YANG KERDIL
MOHD SYAHID ADAM

Tangisan Seorang Rasul...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkansalam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mataDan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah."Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengerang, kerana sakit yang tidaktertahankan lagi.“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut inikepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dandadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendakmembisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Saudaraku...berapa ramaikah antara kita yang menangis lantaran kerana menonton filem sedih? tapi pernahkah kita menangis mengenangkan betapa suci dan agungnya CINTA Rasulullah kepada kita...CINTAILAH..CINTAILAH.. baginda kerana Syafaat baginda yang kita harapkan..di Yaumil Mahsyar...

HAMBA YANG KERDIL
MOHD SYAHID ADAM

Dé Máirt 2 Meán Fómhair 2008

Terbaliknya orang kita...

Ramadhan sudah masuk hari yang ke 3, Alhamdulillah, sempurna sudah dua hari berpuasa,begitu pantas masa berlalu...
aku rasa terpanggil untuk menulis tentang para ini sebab, rasa terpanggil untuk menyentuh dan memperbertulkan beberapa perkara, amalan orang kita yang terbalik pada bulan Ramadhan...
saban tahun, setiap kali Ramadhan,beberapa keanehan yang biasanya berlaku, akan tetap berlaku, aku hanya nak sentuh beberapa perkara...

1. Selalunya orang kita ni, semmua nak bangun sahur, takut terlalu lapar bila puasa \ nanti, Alhamdulillah, syukur, berlumba-lumba amal sunnah Rasullullah..
Tapi yang peliknya, ramai yang lepas sahur, tertidur krana terlalu kenyang..
Peliknya.. terlepas solat subuh berjamaah..sunnah yang lebih diutamakan Rasul,
(aku takut terlepas waktu subuh yang wajib) kerna mengejar pahala sunat..
Na'uzubillah.

2. orang kita ni..kalau puasa..pagi-pagi lagi dah fikir apa lauk nak buat berbuka..
(tu xpa lagi..) tapi sayangnya..penat puasa sehari..penghujungnya..berakhir di
ramadhan, yang penuh dengan pemandangan yang menjolok mata..sedihnya..nasib orang
kita...



Jangan cacatkan Ramadhan Kita..( Kenangan berbuka Puasa Tahun lepas)
3.

3. Berpuasa..tapi xsolat...

Ini satu lagi yang pelik bin ajaib, tapi itulah hakikat yang berlaku
sekarang.. Puasa separuh mati..tapi solat di tinggal..ini saya umpamakan,
macam orang yang hendak membina rumah tanpa tiang..pasti akan nampak jelas
kebodohannya..

Saudara-saudaraku..banyak lagi kesalahan dan kesilapan orang kita dalam Ibadah ni..marilah sama-sama kita baiki..Ingatlah Sabda Rasul S.A.W mafhumnya ;
"kadangkala orang yang berpuasa itu tiada mendapat apa-apa dari puasanya selain Lapar dan dahaga'

Baikilah puasa kita bersama..mudah-mudahan Objektif " La'allakum Tattaquun " itu tercapai.

HAMBA YANG KERDIL...
MOHD SYAHID ADAM

Indahnya Ramadhan...





Solat Tarawih di P.P.I IPTAR..
2 Ramadhan 1429 Hijrah
Imam dan Tazkirah : Ust Saiful Azhar Zainal Abidin

Dé Luain 1 Meán Fómhair 2008

Tilawahlah Daku...


1. Firman Allah Ta'ala: “Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” (An-Nahl: 89),

2. Firman Allah Ta'ala: “.... Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” (Al-Ma'idah: 15-16).

3. Firman Allah Ta'ala: “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Yunus: 57).

4. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Bacalah Al-Qur'an, kerana ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa 'at bagi pembacanya." (HR. Muslim dari Abu Umamah).

5. Dari An-Nawwas bin Sam'an r.a., katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Didatangkan pada hari Kiamat Al-Qur'an dan para pembacanya yang mereka itu dahulu mengamalkannya di dunia, dengan didahului oleh surah Al Baqarah dan Ali Imran yang membela pembaca kedua surah ini." (HR, Muslim).

6. Dari Utsman bin Affan r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarkannya." (HR. Al-Bukhar)

7. Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf; lam satu huruf dan mim satu huruf." (HR. At-Tirmidzi, katanya: hadits hasan shahih).

8. Dari Abdullah bin Amr bin Al 'Ash r.a.ma, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dikatakan kepada pembaca Al-Qur'an: "Bacalah, naiklah dan bacalah dengan pelan sebagaimana yang telah kamu lakukan di dunia, kerana kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang kamu baca." (HR. Abu Dawud dan At-Tirmidzi dengan mengatakan: hadits hasan shahih).

9. Dari Aisyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang yang membaca Al-Qur'an dengan mahir adalah bersama para malaikat yang mulia lagi taat, sedangkan orang yang membaca Al-Quran dengan tergagap dan susah membacanya baginya dua pahala." (Hadits Muttafaq 'Alaih).
Dua pahala, yakni pahala membaca dan pahala susah payahnya.

10. Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak boleh hasut kecuali dalam dua perkaua, iaitu: orang yang dikurniai Allah Al-Qur'an lalu diamalkannya pada waktu malam dan siang, dan orang yang dikurniai Allah harta lalu diinfakkannya pada waktu malam dan siang" (Hadits Muttafaq 'Alaih).

Yang dimaksud hasut di sini iaitu mengharapkan seperti apa yang dimiliki orang lain. (Lihat kitab Riyadhus Shaalihiin, hlm. 467-469.)

Maka bersungguh-sungguhlah -semoga Allah menunjuki anda kepada jalan yang diridhaiNya untuk mempelajari Al-Qur'anul Karim dan membacanya dengan niat yang ikhlas untuk Allah Ta'ala. Bersungguh-sungguhlah untuk mempelajari maknanya dan mengamalkannya, agar mendapatkan apa yang dijanjikan Allah bagi para ahli Al-Qur'an berupa keutamaan yang besar, pahala yang banyak, derjat yang tinggi dan kenikmatan yang abadi. Para sahabat Rasulullah s.a.w. dahulu jika mempelajari sepuluh ayat dari Al-Qur'an, mereka tidak melaluinya tanpa mempelajari makna dan cara pengamalannya.

a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhyHpT3cZXhaCmLzOKZRJqc6SwWy9od2RuLXHbsreTWMS5keJ84cBOobTKoO7KWPrxIThyPpzwOzNibJFZyMLybHmooclaK7PH33qwFlqc8FU8cxu8aW_-l_q85zgINECmrO5GNKDG3MUV9/s1600-h/DSC06206.JPG">
Tadarus..Cahaya Ramadhan..

Dan perlu anda ketahui, bahawa membaca Al-Qur'an yang berguna bagi pembacanya, iaitu membaca disertai merenungkan dan memahami maknanya, perintah-perintahnya dan larangan-larangannya. Jika ia menjumpai ayat yang memerintahkan sesuatu maka ia pun mematuhi dan menjalankannya, atau menjumpai ayat yang melarang sesuatu maka iapun meninggalkan dan menjauhinya. Jika ia menjumpai ayat rahmat, ia memohon dan mengharap kepada Allah rahmat-Nya; atau menjumpai ayat adzab, ia berlindung kepada Allah dan takut akan siksa-Nya. Al-Qur'an itu menjadi hujjah bagi orang yang merenungkan dan mengamalkannya; sedangkan yang tidak mengamalkan dan memanfaatkannya maka Al-Qur'an itu menjadi hujjah terhadap dirinya (mencelakainya). Firman Allah Ta'ala:

Perutusan Khas Ramadhan

Alhamdulillah kita dipertemukan kembali dengan bulan penuh rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanawataala. Saya merakamkan ucapan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam di pelusuk dunia.

Menjadi kebiasaan kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak tepat dengan pengertian sebenar Ramadan.


Hiasilah Rumah Allah dengan IBadah..

Ramadan bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa yakni menahan diri daripada makan, minum dan apa sahaja yang membatalkan puasa kerana takrifan sebenarnya lebih luas lagi.




Puasa juga sebenarnya boleh dilakukan pada bulan lain, seperti yang menjadi amalan sesetengah daripada kita iaitu bulan Rejab dan Syaaban. Sebab itulah penggunaan istilah Ramadan lebih tepat bagi menggambarkan maksud dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan penuh berkat ini.

Ramadan juga membawa maksud bulan kebajikan di mana di dalamnya ada zakat fitrah yang menjadi kewajiban dilaksanakan setiap umat Islam. Umat Islam amat digalakkan bersedekah sebagai melengkapkan amalan ibadat puasa kita di siang hari.

Ini kerana di sekeliling kita ada mereka yang kurang bernasib baik. Maka pada kesempatan ini kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.

Oleh itu saya mengajak umat Islam menggunakan kesempatan Ramadan kali ini bagi menggandakan amal ibadat serta memohonkan keampunan daripada Allah Taala