Dé Luain 16 Meitheamh 2008

Abih Doh Cuti Weii....

Subhanallah..cantik sungguh bunga pokok Naga..enak lagi buahnya...
( Ni Pokok Buah Naga Ayah Aku...)


Aku kembali ke bumi kenyalang selepas 3 minggu bercuti.. Hmm, tak puas rasanya menghilangkan rindu pada keluarga.. tapi perjuangan harus diteruskan...





banyak perkara baru yang aku dapat sepanjang cuti, Allahuakbar.. masih terlalu cetek pengetahuan Hambamu ini..tetapi sesuatu yang paling mmberi kesan pada hati ini adalah kenaikan harga minyak.. pengalaman yang ana sendiri rasai terperangkap dalam jem hampir 3 jam beratur bagi nak dapat minyak dengan harga lama..

Satu perkara yang kita boleh sama2 renungkan, dalam keadaan seluruh negara bahkan seluruh dunia kelam kabut menghadapi kenaikan harga emas hitam...

pertamanya,suatu yang pasti, janji Allah sudah semakin hampir dengan kita.. ingatlah, mafhum dari hadis nabi...segala sumber minyak akan habis sebelum kiamat..
selain itu.. ib'rah yng boleh kita ambil, betapa lemahnya ummat Islam.. hampir semua negara yang memiliki emas hitam ini di dunia adalah negara-negara Islam, lihatlah sahaja, Arab Saudi, Qatar, Oman, UAE, Iraq, Iran, Malaysia dan brunei.. tapi, pelik bin ajaib apabila harga minyak masih dikawal oleh Syaitan Amerika.. Dimanakah silap umat Islam?

Kembalilah kepada pusaka Rasulullah.. Islam akan kembali di junjung...

No comments: