Dé Domhnaigh 31 Lúnasa 2008




Alhamdulillah, pada hari khamis lepas, ceramah Ambang Ramadhan telah disampaikan oleh Ust Yazid Razali, Mdh-mudahan Ramadhan ni btul2 membawa prubahan besar dalam hidup aku...amiin


Sekitar Ceramah Ambang Ramadhan

Dé Sathairn 30 Lúnasa 2008

Perlukah Aidilfitri Di komersialkan?????

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan keghairahan pihak-pihak tertentu di negara ini yang mula mengkomersialkan sambutan Aidilfitri serta mempromosikan tabiat berbelanja secara membazir dalam kalangan masyarakat kita hari ini

Hal ini bukan sahaja berlawanan dengan ajaran Islam malah menjejaskan iman seseorang Muslim. Pusat-pusat membeli-belah dan syarikat-syarikat korporat kini mula menggunakan sambutan Aidilfitri untuk mengiklankan produk dan khidmat mereka.


Sekadar Hiasan.

Terbaru, di dalam akhbar tempatan terdapat syarikat yang menjual perabot dan barangan elektrik mula mengiklankan produk mereka dengan kata-kata 'Syawal Mega Sale!' dan 'Jualan Syawal Mega!'sedangkan kita masih berada pada bulan Rejab dan dua bulan lagi iaitu Syaaban dan Ramadan untuk dilalui sebelum menyambut Aidilfitri.

Kami yakin apabila tiba pula bulan Ramadan nanti akan bertambahlah lagi pusat-pusat membeli belah yang akan mempromosikan jualan dengan pelbagai slogan untuk menarik umat Islam dan pengguna membeli-belah sepertimana yang berlaku pada 2005 di mana terdapat iklan 'Buka Puasa Contest'.

Seperti tahun-tahun yang lepas, kami mendapati pusat-pusat beli-belah sering dipenuhi dengan pembeli-pembeli pada setiap malam, sedangkan mereka sepatutnya memenuhi masjid dan surau untuk menunaikan solat tarawih.

Mereka yang berpendapatan rendah sering turut terpengaruh oleh iklan-iklan agresif sehingga memerangkap mereka untuk membeli barangan mahal yang sebenarnya tidak perlu dan membazir yang akhirnya terheret dalam hutang yang membebankan.

Akibatnya sumber dan pendapatan mereka yang sangat terbatas lebih-lebih lagi dalam keadaan harga minyak yang mahal serta harga barangan yang semakin meningkat ini menyebakan ia disalurkan dan terhakis kepada penggunaan yang membazir dan tidak berguna.

Media cetak dan elektronik nampaknya turut menyumbang kepada berkembangnya dalam kalangan masyarakat budaya hedonisme dan materialisme pada bulan suci Ramadan dan Syawal melalui iklan agresif yang licik untuk mempengaruhi minda, selera dan nafsu pelanggan termasuk acara hiburan yang melanggar syarak. Ramadan dan Aidilfitri menjadi kesempatan untuk merangsang pengguna kepada tabiat penggunaan yang berlebihan.

Filem, drama, dan program sukan di dalam TV disiarkan pada setiap malam melekakan masyarakat daripada pergi ke masjid dan surau. Golongan lelaki, wanita, belia dan kanak-kanak turut didedahkan kepada keganasan, jenayah, dan tingkah laku tidak berakhlak melalui pelbagai siaran di saluran TV pada waktu maghrib, isyak dan seluruh malam sedangkan mereka sepatutnya menggunakan waktu itu untuk memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran.

Namun di sebaliknya umat Islam kini didorong untuk berbelanja dan menggunakan secara berlebihan dan membazir sedangkan sumber ekonomi masyarakat Islam amat terbatas. Hal ini berleluasa setiap kali tibanya bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

Sehubungan itu, CAP menggesa langkah segera diambil untuk menyekat kecenderungan yang tidak sihat dan bercanggah dengan nilai-nilai Islam ini dan kami mencadangkan langkah-langkah berikut diambil:

1. Mengharamkan dengan segera sebarang iklan yang menggunakan Ramadan dan Aidilfitri untuk mempromosi produk atau perkhidmatan.

2. Menggesa pihak media elektronik tidak menyiarkan sebarang program yang bercanggah dengan roh Ramadan, sebaliknya menyiarkan program-program yang meningkatkan pembinaan kerohanian masyarakat.

3. Suatu usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilancarkan oleh pihak kerajaan bersama dengan badan-badan Islam untuk menanamkan nilai-nilai Islam di kalangan masyarakat.

Di Tulis oleh presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Ber B.B.Q sebelum Ramadhan.

Jangan Salah faham!! bukan makan lepas geram sebelum Ramadhan, sekadar pengerat ukhuwah sesama kami.. Alhamdulillah, dengan usaha Akh Syahrul dan Akh Hisyam, kami sama-sama berukhuwah petang semalam..serronok bila di serikan dengan telatah Hafiz dan Iqbal, putera-putera comel akh Syahrul..manisnya berakhir dengan Solat Maghrib berjamaah di Masjid.. moga Ukhuwah berpanjangan...Marhaban YA RAMADHAN....















Marhaban ya ramadhan...

Ramadhan dah hampir tiba...mudah mudahan aku di beri kesempatan mengecapi Rahmat Ramadhan... Tambah laha amal kita, kalau hari ini kita menyambut ulang tahun merdeka, esok, kita juga akan menyambut Kemerdekaan...Merdeka dari Syaitan dan Iblis, cuma persoalannya... adakah kita tetap merdeka dari nafsu yang menjadi pengganti Syaitan di bulan Barakah ini???? Fikir-fikirkanlah...

Selamat Berpuasa dan menggandakan Ibadah dalam Ramadhan, kepada Seluruh yang mengenali diri... Khususan buat Mak dan Abah di Kampung...

Semoga Madrasah Ramadhan akan menjadikan kita lebih TAQARRUB ILALLAH...aMIIN..


HAMBA YANG KERDIL...
MOHD SYAHID ADAM

Dé Sathairn 16 Lúnasa 2008

Dé Céadaoin 13 Lúnasa 2008








macam tak percaya je aku ni nak jadi cikgu, tapi itulah hakikatnya.. sekarang aku dan kawan-kawan tengah buat ROS ( Rancangan Orientasi Sekolah di SK Meranek, Kota Samarahan, tersentuh betu hati melihat murid-murid skolah rendah.. gembira dan ceria selalu..terkenang zaman sekolah rendah aku dulu. budak-budak ni cukup suka bila dapat cikgu baru...berebut-rebut nak bersalam..

Apa yang banyak aku belajar setelah 4 kali kami ke sekolah, ( termasuk kali ni) yang pastinya.. teori yang kami belajar.. nampak macam senang tapi hakikatnya.. Hanya Allah Yang tau.. susah, dan mencabar..

Besarnya peranan Guru Agama macam aku, beban dakwah, perlu dilaksanakan dengan cara paling lembut dan hikmah.. hubungan baik jangan dirosakkan.. capailah matlamat Dakwah dan Islah dalam suasana penuh Kasih sayang...

Manisnya Dakwah dalam Kelembutan...

Dé Sathairn 2 Lúnasa 2008

Kebaikan..Hanya Kebaikan...

















Balutan ku di kepalamu..
Allahu Akbar!!! letih sungguh hari ni, aku menyelesaikan Bengkel Bulan Sabit Merah VAD 64, bermula dengan teknik pertolongan cemas, sampaila kepada kawad kaki, letih sungguh rasanya, tapi pengalaman dan ilmu yang di kutip harap dapat aku manfaatkan untuk perkhemahan di sibu nanti...


Assyahid Hasan Al-Banna..Menggoncang Tembok Keangkuhan Barat..

Al-Mathurat...Siapa penyusunnya??????








Keadaan di Mesir pada zamannya
.

Hasan al-Banna dilahirkan di Mesir pada awal abad 20 Masehi. Dalam suku
pertama abad 20 Masehi ini dia telah melancarkan satu gerakan Islam yang besar,
yang terkenal dengan nama “Ikhwanul Muslimin”. Hasan al-Banna dan Ikhwanul
Muslimin adalah dua nama yang tidak dapat dipisahkan. Begitu bertenaga sekali
gerakan tersebut sehingga pengaruhnya bukan saja merebak di Mesir, tetapi telah
meresapi seluruh Dunia Arab. Gerakan Ikhwan telah mencetuskan kebangkitan Islam dan roh Islam di Dunia Arab

Jika kita betul-betul hendak menghargai segala usaha beliau dan memahami
peribadinya, maka perlulah kita mengenali suasana (keadaan) dan zaman ketika beliau dilahirkan, dibesarkan dan dididik. Disamping itu, kita juga perlu mengetahui
cabaran-cabaran dalaman dan antarabangsa yang sedang mengancam Mesir ketika
Imam Hasan al-Banna dilahirkan. Sekarang kita akan mengkaji zaman ketika beliau
dilahirkan dan peranan besar yang dimainkan olehnya.

Gerakan Pembebasan - Terbahagi kepada dua kumpulan besar.

Pemberontakan Airabi Pasya gagal pada tahun 1833 Masehi. Kegagalan ini
merupakan satu malapetaka politik yang besar bagi Mesir. Peristiwa tersebut
menimbulkan ketakutan dan kekecewaan diseluruh negara Mesir. Lantaran itu, Mesir
dilanda pertikaian disegi akhlak dan kefahaman (ideologi). Orang ramai berasa takut
bila nama gerakan pembaharuan atau politik disebut. Keadaan ini berlarutan sehingga
permulaan abad 20 Masehi. Akhirnya sebuah pertubuhan belia Mesir telah ditubuhkan
untuk memupuk kesedaran kepada rakyat Mesir. Mereka melancarkan gerakan
menentang British. Para pemuda ini tergolong ke dalam dua kumpulan. Kumpulan
pertama memiliki semangat Islam. Kumpulan yang kedua pula inenggunakan cara
yang agak baru dan berlainan. Cogan kata mereka ialah “Kebangsaan Mesir”. Dasar
perjuangan kumpulan kedua ini bertentangan dengan kumpulan pertaina yang
berlandaskan nilai-nilai Islam serta menyebelahi Kerajaan Turki Bani Othmaniah.


Kumpulan Pertama

Kumpulan pertama cintakan Islam dan tanah air. Kumpulan ini diwakili oleh
pertubuhan “Al Hizbul Watani” yang dipirnpin oleh Mustaffa Kamal, seorang yang
bijak bersyarah. Beliau memupuk semangat kebangsaan yang berdasarkan Islam di
hati orang orang Mesir. Beliau tidak menganggap agama dan semangat kebangsaan
itu bertentangan antara satu sama lain. Cogan katanya ialah “Agama (Deen) dan tanah
air adalah saudara kembar yang tidak boleh dipisahkan.” Kumpulan ini
membayangkan kecintaan mereka kepada tanah air umparna seorang kekasih memuji
orang yang dicintainya. Inilah yang dibayangkan oleh penyair terkenal, Ghayati dan
Muharram melalui syair-syair mereka. Di antara pernimpin-pemimpin kumpulan ini
ialah dua orang ulama' yang bernama Muhammad Farid Wajdi dan Abdul Aziz
Jawesh. Kegiatan kumpulan ini telah menimbulkan kebimbangan dipihak penjajah
British dan Raja Mesir. Muhammad Farid Wajdi dan Abdul Aziz Jawesh telah
dipenjarakan kerana menulis huraian mengenai kumpulan syair karya Ghayati.

Kumpulan Kedua

Kumpulan kedua terdiri daripada para pejuang fahaman kebangsaan yang
mulhid (atheis). Dasar perjuangan mereka bertentangan dengan dasar perpaduan dan
persaudaraan Islam. Golongan ini tidak suka orang ramai mencorakkan kehidupan
mereka menurut dasar-dasar Islam. Kumpulan ini menegakkan fahaman kebangsaan
Mesir. Fahaman kebangsaan mereka adalah salah kerana mereka menjaga
kepentingan negara mereka saja tanpa mempedulikan segala masalah yang menimpa
Negara-negara Islam yang lain. Mereka menyungkil kembali ciri-ciri sejarah Mesir
kuno untuk memperkukuhkan fahaman kebangsaan mereka tadi. Bahkan mereka
mengaitkan sejarah mereka dengan sejarah para Firaun. Mereka menganggap
perjuangan menegakkan fahaman kebangsaan Mesir adalah satu perjuangan yang baik
walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan-kepentingan lain. Walaupun kumpulan
ini bersatu atas dasar fahaman kebangsaan Mesir, tetapi sebenamya mereka berpecah
pula kepada dua ranting berdasarkan kepada perbezaan pemikiran dan pendapat.