Déardaoin 5 Meitheamh 2008

Islamkah kita??

Peliharalah hak Allah...Allah akan memeliharamu..
( Solat jumaat di Masjid IPTAR Kuching)


"saya Muslim, agama saya islam, saya sembah Allah.. saya ucap dua kalimah syahadah..."


inilah ucapan yan biasa kita dengar dari mulut insan yang mengaku dirinya muslim.. tapi bila ditanya.. anda solat?? " biasanya sukar untuk kita dapati anak muda yang menjaga solatnya..


ini realiti dalam dunia hari ini..




janganlah pelik jika jenayah meningkat bekali ganda setiap tahun, dadah, arak, pelacuran, buang bayi..dan banyak lagi masalah ummat islam di malaysia, yang dah bosan untuk di perkatakan.a.tapi hakikatnya.. melayu islam adalah juara antara juara ( Ibarat M.U yang menang Liga juara-juara eropah baru-baru ni)




sayangnya.. kita juara dalam jenayah..juara rogol, juara samun, juara seks bebas, juara rasuah, juara semua yang tak elok.. apa agaknya punca semua ni?????????




saya yakin, semua yang melakukan jenayah ini, ( sebahagian besarnya) orang yang tak solat...kalau pun solat.. dia hanya orang yang jadi ahli 2 solat, bak kata ust akhil hayy.. "bukan ahli sunnah wal jamaah, tapi ahli sunat wal jumaat", yang sunat tu dua hari raya, jumaat tu solat jumaat.. ( Na'uzubillah)




Apa Peranan kita?

Dakwah perlu dimulakan segera..betulkan keadaan ummat..perkara pertama, bawa mereka menjaga solat, apalah ertinya kalau kita marah-marah seseorang yang pakai seluar pendek ( contoh) kalau kita tau, solatnyapun tak di jaga.. pendapat saya.. bawa dia bersolat dulu.. insyaallah..solat akan membawa dia taat dengan agama..

teringat suatu kisah di zaman Rasulullah.. para sahabat mengadu tentang seorang sahabat yang masih lagi mencuri.. walaupun dia solat, maka sabda Rasul : "Biarkan dia, sesunnguhnya solatnya akan mencegahnya dari perbuatannya itu"

maka benarlah sabda Rasul S.a.W...

- Rabbi ja'alni muqiimassolah..wamin zurriyyati...Rabbana wataqabbal Du'aa'........

- Syahid adam..







No comments: