Dé Domhnaigh 20 Iúil 2008

Bina Insan Guru Lagi..

Assalamualaikum..

dah lama rasanya aku tak menulis, terlalu sibuk agaknya ( xtaula apa yang disibukkan), teringat mafhum hadith Rasulullah " Barang siapa yang tidak menyibukkan diri dengan urusan agama, dia akan diSIBUKKAN Allah dengan urusan dunia"

Esok aku akan mengikuti kursus B.IG untuk semester ni..untuk kali ini, kami diarahkan membuat Khidmat sosial, di Santubong, Kuching..

masih terasa lagi keletihan B.I.G tahun lalu, padat dengan aktiviti air dan kembara darat.. aku terfikir juga, kalaulah setiap da'ie, diberi latihan seperti ini, tetapi dengan pendekatan yang lebih Islamik, pasti kelasakan dan keletihan takkan menghalang da'ei dari usaha dakwah...

Islam dah bagi semua jalan bagi kita meniti dunia, hanya pemikiran sekular, yang bertopengkan kemodenan, seolah-olah merasa diri lebih hebat dari Rabbul Jaliil, menolak pendekatan Islam, Islam bukan agama yang boleh dibina atas dasar tempel-tempelan..binalah Islam dalam diri, keluarga, dan kembangkan dalam kerangka masyarakat, bagi membentuk Bi'ah Solehah..thumma..Daulah Islamiah...

No comments: