Dé Sathairn 30 Lúnasa 2008

Perlukah Aidilfitri Di komersialkan?????

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan keghairahan pihak-pihak tertentu di negara ini yang mula mengkomersialkan sambutan Aidilfitri serta mempromosikan tabiat berbelanja secara membazir dalam kalangan masyarakat kita hari ini

Hal ini bukan sahaja berlawanan dengan ajaran Islam malah menjejaskan iman seseorang Muslim. Pusat-pusat membeli-belah dan syarikat-syarikat korporat kini mula menggunakan sambutan Aidilfitri untuk mengiklankan produk dan khidmat mereka.


Sekadar Hiasan.

Terbaru, di dalam akhbar tempatan terdapat syarikat yang menjual perabot dan barangan elektrik mula mengiklankan produk mereka dengan kata-kata 'Syawal Mega Sale!' dan 'Jualan Syawal Mega!'sedangkan kita masih berada pada bulan Rejab dan dua bulan lagi iaitu Syaaban dan Ramadan untuk dilalui sebelum menyambut Aidilfitri.

Kami yakin apabila tiba pula bulan Ramadan nanti akan bertambahlah lagi pusat-pusat membeli belah yang akan mempromosikan jualan dengan pelbagai slogan untuk menarik umat Islam dan pengguna membeli-belah sepertimana yang berlaku pada 2005 di mana terdapat iklan 'Buka Puasa Contest'.

Seperti tahun-tahun yang lepas, kami mendapati pusat-pusat beli-belah sering dipenuhi dengan pembeli-pembeli pada setiap malam, sedangkan mereka sepatutnya memenuhi masjid dan surau untuk menunaikan solat tarawih.

Mereka yang berpendapatan rendah sering turut terpengaruh oleh iklan-iklan agresif sehingga memerangkap mereka untuk membeli barangan mahal yang sebenarnya tidak perlu dan membazir yang akhirnya terheret dalam hutang yang membebankan.

Akibatnya sumber dan pendapatan mereka yang sangat terbatas lebih-lebih lagi dalam keadaan harga minyak yang mahal serta harga barangan yang semakin meningkat ini menyebakan ia disalurkan dan terhakis kepada penggunaan yang membazir dan tidak berguna.

Media cetak dan elektronik nampaknya turut menyumbang kepada berkembangnya dalam kalangan masyarakat budaya hedonisme dan materialisme pada bulan suci Ramadan dan Syawal melalui iklan agresif yang licik untuk mempengaruhi minda, selera dan nafsu pelanggan termasuk acara hiburan yang melanggar syarak. Ramadan dan Aidilfitri menjadi kesempatan untuk merangsang pengguna kepada tabiat penggunaan yang berlebihan.

Filem, drama, dan program sukan di dalam TV disiarkan pada setiap malam melekakan masyarakat daripada pergi ke masjid dan surau. Golongan lelaki, wanita, belia dan kanak-kanak turut didedahkan kepada keganasan, jenayah, dan tingkah laku tidak berakhlak melalui pelbagai siaran di saluran TV pada waktu maghrib, isyak dan seluruh malam sedangkan mereka sepatutnya menggunakan waktu itu untuk memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran.

Namun di sebaliknya umat Islam kini didorong untuk berbelanja dan menggunakan secara berlebihan dan membazir sedangkan sumber ekonomi masyarakat Islam amat terbatas. Hal ini berleluasa setiap kali tibanya bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

Sehubungan itu, CAP menggesa langkah segera diambil untuk menyekat kecenderungan yang tidak sihat dan bercanggah dengan nilai-nilai Islam ini dan kami mencadangkan langkah-langkah berikut diambil:

1. Mengharamkan dengan segera sebarang iklan yang menggunakan Ramadan dan Aidilfitri untuk mempromosi produk atau perkhidmatan.

2. Menggesa pihak media elektronik tidak menyiarkan sebarang program yang bercanggah dengan roh Ramadan, sebaliknya menyiarkan program-program yang meningkatkan pembinaan kerohanian masyarakat.

3. Suatu usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilancarkan oleh pihak kerajaan bersama dengan badan-badan Islam untuk menanamkan nilai-nilai Islam di kalangan masyarakat.

Di Tulis oleh presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

No comments: