Dé Céadaoin 3 Meán Fómhair 2008

UTUSAN BUAT TEMAN SEPERJUANGAN…

BISMILAHIRRAHMAANIRRAHIM
Segala pujian bagi ALLAH, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang Menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang engkau anugerahkan ni’mat kepada mereka; bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Maha Besar Allah menjadi bumi ini dengan penuh Kebijaksanaan dan Kebesaran-Nya. Tidak dapat diungkapkan kesyukuran dengan hanya mengatakan “Allhamdulillah” sahaja tanpa mengamalkan segala Ad-din Allah dengan segala perubatan yang telah digariskan oleh Pemerintah alam. Tidak cukup lagi dengan bumi Allah menjadikan langit sebagai pelengkap tanpa bertiang, supaya manusia berfikir. Lalu langit itu dihiasi bintang-bintang berkelipan dan bulan menyinari alam, juga matahari pemberi cahaya pada waktu siang. Malam dan siang pula amat berlainan peranannya. Pada waktu siang berkerjalah manusia untuk mencari nafkah, setelah penat lelah maka manusia letihlah sekali lagi dengan sifat Rahman-Nya, Dia menjadikan malam itu untuk berehat tanpa meminta gaji atau balasan. Semuanya di beri percuma. Tahukah nikmat malam itu, ketahuilah nikmat malam amat besar kepada manusia. Dalam bidang perubatan malam itu akan merehatkan manusia dan mengumpulkan tenaga semulajadi, menghapuskan toksik setelah sistem Endokrin berkerja keras menghadapi tekanan semasa siang tadi. Tidakkah manusia itu memikirkannya. Banyak lagi nikmat-Nya yang tidak dapat dihitungkan yang diberikan oleh Pemerintah Alam ini. Semuanya di bawah Jagaan-Nya terpulang pada-Nya untuk memerintah.

Walaupun sebegitu ramai manusia yang kufur kepada nikmat-Nya, lalu manusia itu berpalinglah daripada jalan yang lurus. Anak perempuan dibunuh, dengan alasan mereka malu mempunyai anak perempuan. Jika seorang bapa mendapat tahu bahawa isterinya melahirkan anak perempuan, hitamlah muka si bapa dan berdukacita, jauh dilubuk hatinya amat bersedih dan sehingga menanam anak perempuan itu hidup-hidup di tanah. Lalu menjeritlah si anak perempuan “Ayah apa salahku ayah” sambil anak itu menitiskan air mata. Tidak cukup lagi dengan kejahilan itu manusia menjadikan wanita itu hamba nafsunya, menjadi hamba dan berTuhan kepada nafsu diri mereka, menyembah berhala dan bermacam-macam lagi perkara yang tidak masuk akal dilakukan oleh mereka sehingga aku sukar untuk mengungkapkan kejahilian manusia itu.

Namun sekali lagi Allah SWT menolong manusia dengan mengutuskan seorang pesuruh-Nya sebagai tanda kasih sayang-Nya kepada hamba. Siapakah utusan itu? Sudah pasti dia adalah seorang yang lemah lembut, teguh hatinya, baik tutur katanya, mulia akhlaknya dan pasti menjadi ikutan untuk kebahagian dunia dan Akhirat. Diberitakan namanya oleh Isa anak mariam sebagai “Ahmad.” Disebut oleh kita Muhammad SAW yang bererti “Keamanan dan sejahtera.” Maka itu wahai saudara-saudara muslim hendaklah kita mengikuti jejak Nabi kita. Cintailah Nabi kita lebih daripada kita mencintai diri kita, kalau tidak sampai ke arah teruskan sehingga kita sampai ke tahap itu.

Saudara-saudara muslim, ketahuilah aku tidak menulis melainkan setelah hati menjadi tenang jika tidak tenang necaya tidak aku menulis buku untuk saudara-saudaraku. Tetapi hati ini telah menjadi tenang dan masih ada cahaya Allah di dalam dada ini, amat sedikit wahai saudaraku cahaya itu, namun aku takut terpadam jika terpadam tidaklah aku mengenali Allah SWT. Yang amat ditakuti apabila aku tidak tidak dapat menyampaikan apa yang diperhati dan pengalamanku semasa menjadi pimpinan JIK dan Politik. Biarlah aku mengemukakan pemerhatian ini supaya menjadi satu landasan dan rujukan kepada saudara-saudaraku yang duduk di JIK sekarang ini untuk memeperbaiki kelemahan-kelamahan pada masa dahulu. Ketahuilah saudara-saudaraku buku ini disiapkan olehku berdasarkan ilmu dan pengalaman yang sebenarnya, bukanya aku mereka-reka. Mudah-mudahan akan beratlah timbanganku di masa akhirat kerana sedikit tulisan ini. Aku mohon maaf seandainya terdapat kritikan menyetuh hati saudara-saudaraku dan mohon ampun kepada Allah SWT. Sesungguhnya aku mengharapkan redha Allah SWT dan diberi petunjuk untuk menyiapkan dan menyampaikan “UTUSAN BUAT TEMAN SEPERJUANGAN” ini.INSYAALLAH.

-Di petik dari artikel
UTUSAN BUAT TEMAN SEPERJUANGAN…

Menarik untuk kita renungi..ketuklah pintu hati kita..Demi Sebuah Hidayah..

HAMBA YANG KERDIL
MOHD SYAHID ADAM

No comments: